22 Mei 2016 - 15:40
Al-Rutbah bebas dari pencemaran militan IS

Kerajaan Iraq umum pembebasan al-Rutba dari cengkaman militan IS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Polis wilayah Anbar mengistiharkan pembebasan al-Rutba dari anasir militan IS.

Maj. Gen. Hadi Razij memaklumkan pihak berkuasa Iraq berjaya menguasai kawasan al-Rutba seluas 310 kilometer dalam daerah Ramadi. Bendera Iraq telah dikibarkan di beberapa bangunan utama dan pasukan keselamatan telah ditempatkan di kawasan terbabit.

Pihak berkuasa Iraq telah melancarkan serangan besar-besaran bagi membebaskan kota strategik yang bersempadan dengan Jordan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan Iraq dan rakyatnya sempena pembebasan kota tersebut. "Pasukan kita yang berani berjaya memusnahkan kumpulan-kumpulan pengganas dan al-Rutbah benar-benar bebas," kata beliau.

Tambah beliau lagi, "Kewujudan cabaran-cabaran peperangan ke atas terrorisme merupakan sebuah keutamaan bagi pihak kerajaan. Kami ingin mengambil tindakan untuk membebaskan seluruh Iraq dari militan IS."

Kota al-Rutba merupakan kawasan padang pasir yang terletak di antara jalan antarabangsa yang menghubungkan Iraq, Jordan dan Arab Saudi.